Kucing Parsi, yang memiliki lapisan bulu panjang beralun dan muka penyek merupakan breed yang paling popular,mungkin juga yang paling mudah dikenali. Walaupun tidak ramai orang yang boleh menamakan beberapa baka kucing, namun hampir kebanyakan mereka akan dapat mengenali dan mengingati kucing Parsi.
Dikatakan bahawa kucing Parsi pada hari ini telah dibawa keluar oleh pelayar Eropah pada kurun ke-17 bersama-sama permata, sutera dan rempah ratus dari pedalaman negara Parsi. Kucing berbulu panjang yang lain datang dari Turki dan dikelaskan sebagai Angora. Dipandang sebagai barang mewah, mereka akhirnya menjadi status simbol elit bangsawan. Kucing ini dipanggil Parsi kerana asal-usul negara mereka namun rujukan hieroglafik terhadap baka ini ditemui seawal 1684 Sebelum Masihi menyebabkan ketidak tentuan terhadap kesahihan asal-usul mereka.
Kucing Parsi mempunyai susunan tulang yang padu, diseimbangi dengan sesuai dan mempunyai eksperisi muka yang manis dan bulat. Walaupun penampilan yang besar, kucing Parsi bergerak dengan ketangkasan yang tak terduga. Kucing ini juga mempunyai lapisan bulu yang panjang dan kelihatan tergantung pada badan yang tembam dan padat. Disokong oleh kaki yang pendek dan tebal. Matanya besar, bulat dan berjarak lebar dengan kepala yang bulat dan luas sementara telinga mereka kecil dan bulat. Ekor yang panjang selebar badan dan mengerbang melengkapkan gambaran fizikal kucing Parsi.
Lapisan bulu kucing Parsi yang cantik ini adalah panjang dan tebal. Bahagian kolar leher kelihatan besar, tebal dan merambu diantara kaki hadapan. Penjagaan rapi diperlukan dimana bulu mereka perlu disikat setiap hari dengan sikat besi untuk mengelakkan daripada kekusutan dan bebola rambut. Mandian juga diperlukan untuk memelihara kebersihan, kecantikan dan kesihatan bulu kucing. Komitmen dan masa diperlukan untuk menyikat bulu dan kebanyakan pemilik kucing Parsi berasa seronok dengan sessi menyikat kerana dapat meluangkan masa yang berkualiti dengan kucing mereka.
Kucing Parsi dapat menyesuaikan diri dengan baik terhadap persekitaran dalam rumah dan secara umumnya mereka agak pendiam, tenang dan selamba. Pesonaliti yang manis dan lembut dapat diserasikan dengan baik untuk kebanyakan rumah. Suara mereka yang perlahan dan bermelodi begitu menyenangkan. Mereka berkomunikasi dengan baik dan meluahkannya melalui mata dan ini menjadikan mereka peliharaan yang sangat sesuai untuk semua golongan umur.
Mereka juga sangat mengasihi dan menyayangi pemilik dan sentiasa responsif terhadapnya. Walaupun mereka selalunya tenang, kucing Parsi ini suka bermain-main dengan cara mereka sendiri. Parsi yang lembut ini sentiasa menjadi sumber ketenangan dan kesukaan manusia mejadikan mereka teman yang baik, rapat dan intim

0 comments: