Tuesday, September 15, 2009

KUCING BATU



Kucing Batu (bahasa Inggeris: "Leopard Cat") ialah salah satu daripada haiwan yang terdapat di Malaysia. Nama sainsnya Prionailurus bengalensis.

Malaysia merupakan salah satu negara tropika yang beruntung kerana telah dianugerahkan dengan kepelbagaian flora dan fauna. Kekayaan flora dan fauna ini terbukti apabila Malaysia diiktiraf sebagai salah sebuah daripada 12 negara "kepelbagai raya" dari segi bilangan dan kepelbagaian flora dan fauna dengan 15,000 spesies pokok berbunga yang diketahui, 286 spesies mamalia, lebih 1,500 vertebrat darat, lebih 150,000 spesies invertebrat, lebih 1000 spesies rama-rama dan 12,000 spesies kupu-kupu, dan lebih 4,000 spesies ikan laut.
Ciri-ciri
Kucing Batu tergolong dalam golongan benda hidup, alam : haiwan, filum kordata, sub-filum bertulang belakang (vertebrata), kelas mamalia (berdarah panas, berbulu dengan kelenjar menyusu, dan menjaga anak).
Makanan
Kucing Batu merupakan haiwan maging. Makanan utama Kucing Batu adalah mamalia kecil seperti tikus, tupai; dan juga cicak.
Pembiakan
Sebagai haiwan mamalia, Kucing Batu membiak dengan cara beranak dan menjaga anaknya sehingga dewasa dan mampu mampu berdikari.
Pengekalan
Kucing Batu berhadapan dengan ancaman disebabkan kehilangan habitat akibat aktiviti pembalakan, pembersihan kawasan hutan untuk pertanian dan perumahan

0 comments:

Post a Comment

 
design by Grumpy Cow Graphics | Distributed by Deluxe Templates